Sunday, July 31, 2011

Selamat Menjalani Ibadah Puasa ^^

Setiap petang aku akan berlama-lama di dalam bilik air. Kolah air kecil Berbentuk tiga segi di penjuru bilik air  aku takungkan air separa penuh. Sementara menunggu aku mandi menggunakan shower terlebih dahulu.


Aku lihat kolah kecil itu sudah separa penuh. Jadi aku tutup paip tersebut. Kemudian aku terus melangkah masuk ke dalam kolah tersebut. Sekelip mata badan aku jadi segar!


Perut aku yang tadi nye berkeroncong irama tradisional sudah mula lenyap iramanya sedikit demi sedikit. Tak..aku xminom pon air paip kolah itu. Aku ingat pesan ibu, jangan curi2 minum or makan.


Aku just feeling2 aku berada dalam swimming pool je. Badan aku yang tadi nya lemah menjadi segar bugar serta merta. Sesiapa yang mahu pelawa aku bersilat ketika itu juga suda pasti aku akan terima pelawaannya..


Bila sudah selesai, aku buang air takungan tersebut dan aku tadah semula air yang baru. Konon2 xde apa  yang berlaku. Kemudian aku bersiap2 untuk mengikut bapaku ke kedai untuk mencari juadah berbuka puasa.


Itulah rutin harian aku bila tiba bulan puasa time sekolah2 rendah dulu. Ketika masih di alam kanak2. Time badan masih kecil, comel lagi cute! =p Paling penting masih muat untuk masuk ke dalam kolah tersebut!



puasa


So sampai di sini sahaje ye. Mode puasa suda melanda diri, jadi segala pergerakan telah menjadi slow motion *kick ownself! Jadi untuk semua, SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL- MUBARAK. Semoga ibadah kita berjalan dengan lancar dan dapat menjalaninya dengan lancar pada tahun ini. Semoga kita semua mendapat keredhaan-NYA.


Nota_kaku : Pose, jangan xpose taw! 

No comments:

Post a Comment

Salam..Hai lalink..comment la sikit ^^