Saturday, August 6, 2011

Al- Fatihah

Al-Fatihah buat bapa saudara tercinta Buhari bin Mat Yasin yang telah pergi menghadap ilahi pada 06/08/2003. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan di tempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin.


Masih teringat lagi kenangan bersama arwah bapa saudara yang aku panggil 'Pak Bob' ini. Aku merupakan anak saudara yang paling rapat dengan arwah. Arwah Pak Bob sentiasa sabar melayan  karenah aku ketika masih kecil. Pelbagai perkara dilakukan bersama Pak Bob, daripada naik motor pusing2 keliling kampung, makan aiskrim sehinggalah meminta pertolongan Pak Bob untuk mewarna. Rindu nya pada arwah Pak Bob :'(


Arwah Pak Bob merupakan seorang yang kreatif, nak dijadikan cerita, ketika sekolah rendah, sekolah menganjurkan pertandingan mewarna. Jadi para pelajar boleh bawak balik r kertas bergambar untuk diwarna kan sepanjang cuti sekolah. Jadi after cuti kena hantar penyertaan tu. Aku punya lah eksaited sampai bawak balik kampung.


Ye la an, amik kesempatan la, ape lagi. hihihi. Aku ingat lagi, hasil nye sangat r cantik selepas mendapat sentuhan pak Bob, dalam ati berkobar2 rase nak anta kat cikgu,hihi. Siap tambah2 lagi lukisan tambahan kat ruang2 kosong, moge2 dapat tempat pertama la. hehehe *pikiran zaman kanak2, biase ler ^^


Tapi tue semua tinggal kenangan je, arwah Pak Bob merupakan seorang yang sangat funny, aku taw, semua orang menyenangi nye, aku juga selalu ketawa kalo Pak Bob buat lawak spontann nye. Mungkin disebabkan arwah tinggal bersama nenek jadi hubungan aku dengan arwah agak rapat. Setiap kali pulang ke kampung, time tu la akan mintak Pak bob bawak jalan2 la, tengok orang men bola la, makan aiskrim la.


Mase tahun 2003 mase tue aku darjah 6, Arwah Pak Bob mula jatuh sakit. Badan arwah menjadi kurus, sukar untuk makan. Even aku masih kecil time tue, aku dapat rase kesayuan nya. Pak Bob tetap nampak gembira tapi aku taw disebalik itu arwah menderita dengan penyakit nya.


5/8/03
Last day before arwah pergi, arwah terlantar di hospital Raub kerana ketika itu arwah berada kat rumah ibu saudara aku kat Raub, jadi bila arwah bertambah sakit, arwah di hantar ke hospital Raub. Pada malam tersebut, aku dan keluarga datang melawat arwah. Apa yang buat aku sayu ialah time tue arwah suda agak tenat. Arwah x mampu lagi mengingati nama saudara mara. Bila ditanya nama ayah aku, arwah sebut nama pakngah aku, bila ditanya nama ibu aku, arwah sebut nama maklang aku. Tapi yang paling wat aku touching, bila ditanya sape aku, arwah sebut nama aku. Arwah cuma ingat nama aku, tue buat aku terharu. :(


6/8/03
Tepat pukul 6.08 minit petang, Pak Bob pergi meninggal kan kami buat selama lamanya. Sedih xterkata. Aku yang paling banyak menangis dibandingkan dengan sepupu laen, mungkin disebabkan aku rapat dengan arwah.


:: Pak Bob, i miss u. Please rest in peace. Bile bulan puase nie, teringat pulak kat arwah, selalu layan kitrang maen bunga api pastu arwah akan nyanyi2 lagu 'esok hari raya". Arini dagenap 8 tahun arwah pergi, cepat betul masa berlalu.........Al-Fatihah


No comments:

Post a Comment

Salam..Hai lalink..comment la sikit ^^