Friday, July 27, 2012

Puasa Moment: #Asrama

Assalamualaikum :D Hi semua ;)


Kalau cakap pasal memori berpuasa, kenangan  paling melekat dalam hati aku ni mestilah memori berpuasa kat asrama. Too many memory i create there and now the thing i miss the most is to breaking fast with my 5 besties. Rinduu hoiii...


#1 Rindu nak makan ramai2 dengan Syikin, Eina, Biela, Ain and Mimie 
Memang nasib kitorang berenam ni selalu bertuah. Hampir setiap tahun dapat rezeki bukak puasa depan tv kat dalam dewan makan. Meja ni khas untuk 6 orang and setiap kali undi mesti dapat port depan tv, heaven oii :D

#2 Rindu sambal hitam Mimie
And setiap kali puasa, sure Mimie akan bawak stok sambal hitam buatan mak dia. Sedap gile okeh. Setiap tahun xmiss menu ni dan bila da 4 tahun meninggalkan alam asrama, siyes bila sampai bulan puasa mesti terkenang2 sambal hitam Mimie, wuwuwuwu..

#3 Rindu nak layan drama before bukak pose ;)
As mention before, port berbuka kitorang depan tv, so bila da ambik makanan tu, kitorang akan terus mengadap tv sementara nak tunggu waktu berbuka. Drama yang paling banyak meninggalkan kenangan is drama Sutera Kasih, time tu memang kalau boleh xnak miss la even satu minit pon. Time kusyhuk2 tengok drama tu tiba2 channel bertukar kepada rancangan Mari Mengaji, ha tu kompem ustaz yang alih tu. Time tu mula la masing2 panjang leher nak tengok sape yang tukar channel tu..hihihi

#4 Rindu nak gilir2 basuh plastik tutup makanan
Bila puasa, every group akan diberi satu plastic besar untuk tutup makanan kitorang, nak guna tudung saji karang nampak sangat diva nye, so plastic la penyelesaiannye, keh3. So, kitorang ade 6 orang and every pair akan basuh plastic makanan tu bergilir2. Rindu oii, time ni la masing2 berebut nak guna singki kan...Oh, rindu nye...

#5 Rindu nak terawih same2
Lepas buka masing2 akan bergegas pergi surau, nak kejar solat maghrib jemaah, time ni masing2 rush tapi suasana ni la yang buatkan puasa kat asrama ni best!

#6 Rindu nak korang kejut aku bangun sahur tapi aku xbangun2 :P
Yeah, aku paling susah nak bangun sahur, hari first je aku semangat bangun, next2 day nye memang dalam mimpi la aku bersahur, sepanjang 5 tahun aku duk sekolah asrama, boleh kira guna jari berapa kali aku bangun sahur. -.- Ya Allah, pemalas nye la aku dulu, haitttt..

#7 Rindu nak kumpul semua bekalan makanan bila balik rumah hujung minggu
Yeah, time ni la meja kitorang akan penuh dengan makan, heaven kau jahh! :)

#8 Rindu nak beli laksa n ayam percik
Bila nak balik asrama  semula dari rumah, ibu abah akan singgah dulu kat baazar, nak beli juadah berbuka aku dengan adik aku. Menu wajib aku is Laksa and Ayam percik, ade dua ni je da bersyukur sangat aku. Xpayah ade menu lain dah, murtabak ke,  ape ke memang aku bolayan, xmau2. Ngehehe, rindu giler time nih

No comments:

Post a Comment

Salam..Hai lalink..comment la sikit ^^